New Page 2

Selamat Datang Ke Laman Web GAPENA...

GAPENA
GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA
(The Federation of National Writers Association of Malaysia)
___________________________________________________________________________________________

 

 

....Hidup GAPENA!!!

 

Kandungan:


LAMAN UTAMA
ORGANISASI
KEGIATAN
WARTA GAPENA
BERITA NUSANTARA
BADAN KERABAT
BAHAN BERGAMBAR

____________________________

 

SUMPAH BAHASA

Dengan ini, kami, peserta Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-5, bersumpah akan terus memperjuangkan Bahasa Melayu, sehingga menjadi:

1. Bahasa yang akan mencipta kesatuan politik, budaya, ekonomu dan pendidikan kebangsaan;

2. Bahasa yang membawa, memelihara, menyalurkan, mencipta dan mengembangkan ilmu;

3. Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual;

4. Bahasa yang memerdekakan minda dan pemikiran bangsa; dan  
5. Bahasa yang membina dan menjamin kelangsungan bangsa Malaysia.

Sesungguhnya kami bertekad tidak akan berganjak daripada perjuangan ini.


____________________________

Alamat Hubungan:

Rumah GAPENA
JKR 734, Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR,
Malaysia

Tel: 03-21442412
Faks: 03-21410340
E-mail:

melgape@pd.jaring.my /
gapena_07@yahoo.com.my
________________________________

SEPATAH KATA KETUA SATU


 

Tatkala GAPENA sedang sibuk menyelenggarakan Mesyuarat Agungnya yang ke-36, organisasi beberapa kali diserang melalui media kebangsaan. Kita memang mengundang segala pemikiran yang baik dan yang dapat membantu gerakan, tetapi sayangnya semua yang tercetus adalah laksana menyalak ke gunung yang tentu tidak akan runtuh. Memanglah kita semua telah membinakan sebuah gunung pergerakan yang perkasa bagi bangsa dan negara, dan semua pihak dapat menyaksikan kehadirannya, melainkanlah beberapa kerat rakan yang masih terkurung dalam fikiran-fikiran yang pendek, dan dikuasai oleh emosi primodial yang sudah ketinggalan.

Gagasan yang dipancarkan oleh organisasi dan pergerakan GAPENA itu memanglah sangat besar dan panjang, dan ini tidak pernah terjangkau oleh sejarah pergerakan persuratan yang bermula tahun 1888. Organisasi kita itu tidak terbanding dengan ratusan badan yang telah wujud sebelumnya, yakni sepanjang hampir 120 tahun yang lalu, malah dengan puluhan yang masih bergiat pada zaman kita sekarang pun. Puluhan, kalau tidak ratusan, kegiatan bahasa dan sastera Melayu (termasuk hadiah-hadiah dan anugerah sastera juga budaya) telah dapat kita lakukan, yang semuanya ikut menghiasi kecemerlangan Malaysia Merdeka semasa zaman kegemilangannya. Ini termasuklah juga mempelopori Kongres Cendekiawan Melayu akhir dekad 1980-an, juga Kongre Bahasa dan Persuratan Melayu ke-V (1988), Kongres yang ke-VII dijadualkan di Johor Bahru pada 15-17 September 2006.Disamping semuanya kita juga telah mempelopori pertemuan Melayu sedunia yang juga belum terjadi sebelumnya yakni Persidangan Jaringan Melayu, Persidangan Antarabangsa Unsur Melayu Dalam Komanwel, Persidangan dan Festival Kesenian Melayu Antrabangsa. Kita juga telah keluar daripada tradisi persatuan budaya Melayu yang selalu papa kedana, dengan melakukan pengurusan kewangan yang sangat baik dan rapi, disamping menyimpan semangat pengorbanan serta kesukarelawanan yang tinggi.

Dengan latarbelakang dan rekod yang seperti itu, kita dapat bertanya: Apalagi yang dimahukan? Dan jikalaulah ada kritikan, maka ini sepatutnya datang daripada rakan-rakan yang sangat pintar, yang telah dapat membuat lebih daripada apa yang GAPENA dapat lakukan -- dengan itu beliau (si pengkritik) punyai kewibawaan untuk <mengajar> atau <memerintah> bagi kebaikan semua. Tetapi malangnya kritikan datang daripada rakan-rakan yang sedang mengalami frustrasi hidup, yang sendiri tidak berjaya melakukan walaupun sebagian kecil daripada apa yang telah terbukti dicapai oleh organisasi besar. Oleh itu, ini hanya sekadar latihan bertinju untuk mendapatkan perhatian sementara.

Dalam menghadapi itu, kita hanya meminta yang para Kerabat dan Sahabat GAPENA terus berbangga dengan kesatuan dan kesetiakawanan kita, dengan apa yang telah tercapai, dan kita berhak untuk berlagak sombong terutama kepada mereka yang berjiwa kecil dan berfikiran pendek yang cuma dapat mengeksploitasikan emosi masyarakat yang tidak berdosa.

 

Sebarang persoalan atau kemusykilan boleh melalui
e-mail ini:




Tarikh pembaharuan laman web:

JANUARI 2008
____________________________